Monday 28 October 2013

5 Vitamin & Mineral Penting Semasa Haid





Semasa datang haid @ period, wanita kebiasaanya akan mengalami pendarahan yang banyak atau sederhana dan ini bergantung kepada individu. Sesetengah wanita akan mengalami simptom PMS (Premenstrual Syndrome) seperti keletihan, kembung, payudara tender (mastalgia), jerawat, gangguan tidur dan perubahan selera. Gejala-gejala yang melibatkan mood termasuklah cepat marah, kemurungan, menangis, terlalu sensitif, dan perubahan mood bersilih ganti contohnya kesedihan dan kemarahan. 

Selain itu, diaggarkan 50% wanita mengalami Mentrual cramps (dysmenorrheal) ataupun senggugut. Sesetengah wanita mengalami senggugut ringan manakala 15% wanita mengalami senggut yang agak teruk. Senggugut ringan mungkin hampir tidak ketara dan dalam jangka masa pendek manakala senggugut yang teruk boleh menjadi begitu pedih sehingga mengganggu aktiviti-aktiviti biasa wanita untuk beberapa hari.

Pengambilan ubat tahan sakit tidak digalakkan buat jangka masa yang lama bagi mengurangkan sengugut (mentrual cramps) kerana ia menganggu organ seperti buah pinggang & hati. Oleh itu, pemakanan memainkan peranan penting untuk mengawal simptom-simptom PMS & menstrual cramps. Pengambilan Multivitamin boleh membantu dan terdapat 5 vitamin dan mineral penting yang perlu diambil oleh wanita semasa datang haid. 

Pertama: Vitamin A. Wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak (menorrhagia) berkemungkinan mengalami kekurangan Vitamin A dan menambah Vitamin A kedalam diet(pemakanan) boleh membantu mengurangkan pendarahan.
Sumber makanan yang tinggi Vitamin A termasuklah minyak ikan kod, keledek, lobak & apricot kering.  

Kedua: Vitamin E. Sangat bagus untuk mengurangkan pelbagai gejala PMS dan membantu mengurangkan senggugut.
Sumber-sumber makanan yang mengandungi vitamin E termasuklah biji bunga matahari, badam, aprikot kering dan  bayam. 

Ketiga: Magnesium. Magnesium membantu untuk mengurangkan senggugut kerana magnesium boleh mengurangkan tahap kekejangan.
Sumber-sumber makanan yang mengandungi magnesium adalah kacang kuda, kacang dal, beras perang, avocado, ikan kembung, aprikot kering dan pisang. 

Keempat: Iron. Semasa haid wanita kehilangan banyak darah dan ini menyebabkan badan kekurangan zat besi ataupun dipanggil anemia. Anemia menyebabkan badan letih lesu dan mengantuk kerana badan kekurangan oksigen. Disamping itu juga, kekurangan zat besi itu sendiri boleh menyebabkan pendarahan yang banyak (heavy bleeding). 

Sumber zat besi boleh diperolehi dari tomato, kacang almond, gajus, biji bunga matahari, biji labu, kacang dal, kacang merah, aprikot kering & makanan laut seperti kerang & tiram. 
 
               Kelima: Kalsium. Senggut boleh disebabkan oleh tahap kalsium rendah dalam badan. Akan tetapi susu tidak digalakkan diambil semasa haid. Ini kerana susu dan produk tenusu biasanya dikaitkan dengan gejala PMS. 

Oleh itu sumber kalsium lain yang boleh diperolehi termasuklah herba-herba kering seperti thyme, dill dan rosemary, biji bijan yang dibakar, kacang almond, dan kacang brazil.

Seeloknya sumber-sumber ini diambil sebelum dan semasa haid. Jika sumber-sumber makanan yang disebut sukar diperolehi, makanan tambahan seperti supplement juga boleh diambil. Akan tetapi pilihlah supplement yg halal dan diluluskan oleh KKM. 

     Saya sendiri mengesyorkan anda mengambil supplement dari SHAKLEE. Contoh-contoh  supplement dari SHAKLEE, Multivitamin & iron: Vita-Lea with iron, Vitamin A: Carotomax, Vitamin E: Vita-E, Magnesium & Kalsium: Ostematrix. Jika haid anda tidak teratur, GLA complex boleh membantu mengatur kembali hormon anda dan boleh mengurangkan gejala PMS.




 Pakar Kesihatan Shaklee & Jururawat Peribadi Anda =)
FB: Nur Hidayah Mazlan
SID: 965369
6013-9871113

Sunday 20 October 2013

KELEBIHAN VITAMIN C (Ascorbic Acid)



Tahukah anda? 



Vitamin C @ L-ascorbic acid adalah salah satu nutrient penting untuk badan. Ia ada dalam badan secara semulajadi.

Vitamin C merupakan cofactor bagi sekurang-kurangnya 8 reaksi enzim dalam badan termasuklah reaksi bagi beberapa sintesis kolagen. Oleh itu, jika Ascorbic acid tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan simptom scurvy (kelesuan dan keletihan, tompok pada kulit, gusi lembut, dan pendarahan daripada membran mukus).

Ascorbic acid @ ascorbate juga penting dalam penyembuhan luka (imun badan), mencegah pendarahan dari kapilari dan sebagai antioksidan.

Sesiapa yang tercari-cari supplement vitamin C yang sesuai, saya boleh sarankan Chewable tablet Vitamin C 100mg & Sustained Release Vitamin C 500mg dari SHAKLEE. Tapi SR Vitamin C 500mg tersangat laris dipasaran, oleh itu anda perlu cepat sebelum stok habis.  

 

Salam sayang, 
SID: 965369
+6013-9871113