Friday 6 December 2013

PROMOSI HEBAT DISEMBER 2013



      Promosi kaboom hujung tahun untuk OmegaGuard. Siapa cepat dia dapat!! Beli 6 botol PERCUMA 1 botol, plus FREE POSTAGE (eksklusif untuk pelanggan Fabulous Health shj). 

      Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi minyak ikan. Satu kapsul OmegaGuard menyediakan 1000mg Omega-3 termasuklah DHA dan EPA. Banyak tuuu..... 

Kepentingan Omega-3: 
1) Mengurangkan kolesterol
2) Membina sel otak
3) Mengurangkan inflamasi (bengkak) pada sendi
4) Mengurangkan risiko sakit jantung

      Padanla kanak-kanak, ibu mengandung dan sesiapa yang menghidapi masalah kolesterol yang tinggi dalam badan dan sakit-sakit2 sendi (sendi bengkak) digalakkan ambik Omega-3.Satu keluarga pun boleh ambik OmegaGuard ni...Berbaloi2...

     Sesiapa yang berminat jangan segan silu untuk bertanya, saya menyediakan konsultasi secara percuma. Harga yang saya tawarkan juga amat-amatlah berpatutan =)



Pakar Kesihatan Shaklee & Nurse Peribadi Anda =)
Nur Hidayah Mazlan
SID: 965369
+6013-9871113
 



Tuesday 3 December 2013

ALFALFA & KELEBIHANNYA



Assalamualaikumum w.b.t,

          Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang herba ALFALFA. Apakah itu ALFALFA?

         Alfalfa berasal dari bahasa arab yang bermaksud bapa segala makanan. Nama saintifiknya adalah Medicago sativa atau dikenali sebagai lucerne. Alfalfa telah digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk mengubati pelbagai penyakit sejak dari tahun 1500 lagi.

        Alfalfa berasal dari selatan-tengah Asia, dan pertama kali telah ditanam di Parsi. Ia telah diperkenalkan kepada Greece kira-kira 490 SM yang lalu apabila orang Parsi menawan Kota Greece, dan telah diperkenalkan ke Itali pada abad pertama.


Terdapat 8 ENZIM PENTING yang dijumpai dalam Alfalfa iaitu:
 
1) Lipase - memecahkan lemak
2) Amilase - bertindak ke atas kanji
3) Coagulase - membantu dalam pembekuan darah
4) Emulsin - bertindak keatas gula
5) Invertase - menukarkan gula tebu kepada dekstrosa              
6) Peroxidate - memberi pengoksidaan darah
7) Pectinase - membentuk jeli sayur-sayuran
8) Protase - mencerna protein


Antara Vitamins & Minerals penting yang terdapat dalam Alfalfa termasuklah:

1) Vitamin A - penting untuk penglihatan dan kesihatan mata serta kulit.
 

2) Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran  udara serta penting untuk kesihatan jantung dan otot. 
 

3) Vitamin U - membantu mengatasi ulser peptik. 
4) Vitamin B6 - membantu penghadaman makanan dan protein serta metabolisme lemak 

5) Vitamin K - penting untuk pembekuan darah dan fungsi hati

6) Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus pembentukan bagi membentuk gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
7) Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi dan mengawal ritma jantung


8) Zat Besi - diperlukan dalam pembentukan hemoglobin (membawa oksigen dalam darah).

9) Magnesium- unsur surih yang terlibat dengan pengambilan karbohidrat oleh badan. Ini membantu mengawal tahap gula dalam darah. 


10) Kalium - perlu bagi tona normal otot , saraf,
tindakan jantung dan reaksi enzim serta membantu memecahkan lemak.

11) Fosforus - diperlukan untuk struktur normal tulang dan gigi. Berkaitan dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. 

12) Klorin ( klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal lemak , gula dan metabolisme karbohidrat. 

13) Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan; meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah ; mengaktifkan limpa , usus dan fungsi perut.

14) Silikon Magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; mempunyai kesan perlindungan pada kulit dan badan; merangsang fungsi otak.

 FUN FACT: Alfalfa mempunyai akar sehingga 10-20 kaki panjang kerana ia mencari minerals jauh kebawah bumi.

PERINGATAN: 
1) Alfalfa tidak sesuai diambil bersama Vitamin E kerana Alfalfa mungkin mengganggu cara badan untuk mengambil dan menggunakan vitamin E.
2) Sesiapa yang mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti Heparin perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplement tambahan Alfalfa. 

         


Pakar Kesihatan Shaklee & Jururawat Peribadi Anda =)
SID: 965369
+6013-9871113

Monday 28 October 2013

5 Vitamin & Mineral Penting Semasa Haid





Semasa datang haid @ period, wanita kebiasaanya akan mengalami pendarahan yang banyak atau sederhana dan ini bergantung kepada individu. Sesetengah wanita akan mengalami simptom PMS (Premenstrual Syndrome) seperti keletihan, kembung, payudara tender (mastalgia), jerawat, gangguan tidur dan perubahan selera. Gejala-gejala yang melibatkan mood termasuklah cepat marah, kemurungan, menangis, terlalu sensitif, dan perubahan mood bersilih ganti contohnya kesedihan dan kemarahan. 

Selain itu, diaggarkan 50% wanita mengalami Mentrual cramps (dysmenorrheal) ataupun senggugut. Sesetengah wanita mengalami senggugut ringan manakala 15% wanita mengalami senggut yang agak teruk. Senggugut ringan mungkin hampir tidak ketara dan dalam jangka masa pendek manakala senggugut yang teruk boleh menjadi begitu pedih sehingga mengganggu aktiviti-aktiviti biasa wanita untuk beberapa hari.

Pengambilan ubat tahan sakit tidak digalakkan buat jangka masa yang lama bagi mengurangkan sengugut (mentrual cramps) kerana ia menganggu organ seperti buah pinggang & hati. Oleh itu, pemakanan memainkan peranan penting untuk mengawal simptom-simptom PMS & menstrual cramps. Pengambilan Multivitamin boleh membantu dan terdapat 5 vitamin dan mineral penting yang perlu diambil oleh wanita semasa datang haid. 

Pertama: Vitamin A. Wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak (menorrhagia) berkemungkinan mengalami kekurangan Vitamin A dan menambah Vitamin A kedalam diet(pemakanan) boleh membantu mengurangkan pendarahan.
Sumber makanan yang tinggi Vitamin A termasuklah minyak ikan kod, keledek, lobak & apricot kering.  

Kedua: Vitamin E. Sangat bagus untuk mengurangkan pelbagai gejala PMS dan membantu mengurangkan senggugut.
Sumber-sumber makanan yang mengandungi vitamin E termasuklah biji bunga matahari, badam, aprikot kering dan  bayam. 

Ketiga: Magnesium. Magnesium membantu untuk mengurangkan senggugut kerana magnesium boleh mengurangkan tahap kekejangan.
Sumber-sumber makanan yang mengandungi magnesium adalah kacang kuda, kacang dal, beras perang, avocado, ikan kembung, aprikot kering dan pisang. 

Keempat: Iron. Semasa haid wanita kehilangan banyak darah dan ini menyebabkan badan kekurangan zat besi ataupun dipanggil anemia. Anemia menyebabkan badan letih lesu dan mengantuk kerana badan kekurangan oksigen. Disamping itu juga, kekurangan zat besi itu sendiri boleh menyebabkan pendarahan yang banyak (heavy bleeding). 

Sumber zat besi boleh diperolehi dari tomato, kacang almond, gajus, biji bunga matahari, biji labu, kacang dal, kacang merah, aprikot kering & makanan laut seperti kerang & tiram. 
 
               Kelima: Kalsium. Senggut boleh disebabkan oleh tahap kalsium rendah dalam badan. Akan tetapi susu tidak digalakkan diambil semasa haid. Ini kerana susu dan produk tenusu biasanya dikaitkan dengan gejala PMS. 

Oleh itu sumber kalsium lain yang boleh diperolehi termasuklah herba-herba kering seperti thyme, dill dan rosemary, biji bijan yang dibakar, kacang almond, dan kacang brazil.

Seeloknya sumber-sumber ini diambil sebelum dan semasa haid. Jika sumber-sumber makanan yang disebut sukar diperolehi, makanan tambahan seperti supplement juga boleh diambil. Akan tetapi pilihlah supplement yg halal dan diluluskan oleh KKM. 

     Saya sendiri mengesyorkan anda mengambil supplement dari SHAKLEE. Contoh-contoh  supplement dari SHAKLEE, Multivitamin & iron: Vita-Lea with iron, Vitamin A: Carotomax, Vitamin E: Vita-E, Magnesium & Kalsium: Ostematrix. Jika haid anda tidak teratur, GLA complex boleh membantu mengatur kembali hormon anda dan boleh mengurangkan gejala PMS.




 Pakar Kesihatan Shaklee & Jururawat Peribadi Anda =)
FB: Nur Hidayah Mazlan
SID: 965369
6013-9871113

Sunday 20 October 2013

KELEBIHAN VITAMIN C (Ascorbic Acid)



Tahukah anda? 



Vitamin C @ L-ascorbic acid adalah salah satu nutrient penting untuk badan. Ia ada dalam badan secara semulajadi.

Vitamin C merupakan cofactor bagi sekurang-kurangnya 8 reaksi enzim dalam badan termasuklah reaksi bagi beberapa sintesis kolagen. Oleh itu, jika Ascorbic acid tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan simptom scurvy (kelesuan dan keletihan, tompok pada kulit, gusi lembut, dan pendarahan daripada membran mukus).

Ascorbic acid @ ascorbate juga penting dalam penyembuhan luka (imun badan), mencegah pendarahan dari kapilari dan sebagai antioksidan.

Sesiapa yang tercari-cari supplement vitamin C yang sesuai, saya boleh sarankan Chewable tablet Vitamin C 100mg & Sustained Release Vitamin C 500mg dari SHAKLEE. Tapi SR Vitamin C 500mg tersangat laris dipasaran, oleh itu anda perlu cepat sebelum stok habis.  

 

Salam sayang, 
SID: 965369
+6013-9871113
 

Friday 27 September 2013

JADUAL & CARA PEMAKANAN ESP & VITAMIN SHAKLEE

Tips Pengambilan ESP Isolate Soy Powder (850gm)

1) Jgn bancuh dengan air panas, guna air suam atau sejuk shj. Jika tidak vitamin dlm ESP akan musnah dan ESP akan jadi berketul-ketul.

2) Boleh dicampur dengan minuman kegemaran (hot chocolate/vico/milo) atau dibuat smoothie buah-buahan. 
3) Hanya bancuh satu sudu besar untuk sekali minum (satu mug/gelas). Ambil 2x sehari. Max pengambilan adalah dua sudu besar/sehari. 



19 DELICIOUS ESP RECIPES
1. ESP + Air suam/sejuk

2. Esp + Fresh Milk (susu kotak/susu tepung)

3. ESP + Fresh Milk + kurma (Rendam kurma dalam susu, lepas tu baru blend/shake dengan 1 sudu besar ESP)

4. ESP + Susu Anmum

5. ESP + Performance Drink Shaklee

6. ESP + Nesvita 3in1

7. ESP + Jus Tropicana Twister

8. ESP + Ribena

9. ESP + Jus buah-buahan (epal, lobak, jambu, tembikai)

10. ESP + Milo/Horlicks

11. ESP + Sirap bandung

12. ESP + Fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk  koko (Blend)

13. ESP + Serbuk koko + Oat

14. ESP +Fresh milk + Milo/Serbuk Coklat Cadbury

15. ESP + Kurma + Oat + Susu Tepung + madu + air putih (Blend)

16. ESP + Kurma + Kismis + Badam + Fresh Milk (Blend)

17. ESP + Nestle Bliss

18. ESP + Kurma + Nestum (Original) + Susu tepung (Blend, pastu tambah ais)

19. ESP + Kurma + Badam + Avocado + Ais (Blend)


JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

1) Vitamin E: 1 biji/sehari (sebelum tidur)
2) Vitamin B-complex: 1 biji/sehari selepas makan (pagi)
3) Zinc: 1 biji/sehari sebelum makan (sebelum tidur)
4) Alfalfa: 1biji 3x sehari selepas mkn (pagi/tengah hari/malam) 


Peringatan:  

1) Jangan ambil Zinc selepas minum minuman berkafein sekurang-kurangnya dalam masa   4 jam. Kafein mengganggu penyerapan Zinc.

2) Minum air 2.5-3L sehari.

3) Jangan ambil Vitamin E bersama Alfalfa. Alfalfa mengganggu penyerapan Vitamin E.


p/s: Pengambilan Alfalfa bergantung kpd individu. Max tablet 10 tablets/sehari. 


Salam sayang, 

Nur Hidayah Mazlan
Shaklee ID: 965369
+6013-9871113
FB: Nur Hidayah Shaklee M