Friday 28 June 2013

Kekal Muda Dengan Shaklee (Collagen Powder & Vivix)

 
Semua orang dalam dunia ni pasti bimbang dengan keadaan kulit yang berubah mengikut usia kan? Mesti risau kalau kata ramai yang cakap kita tua sebelum waktunya.

Well, Anti Aging Collagen Powder dari Shaklee dan Minuman Vivix ada penyelesaiannya.

Ok meh kita selongkar apa baiknya dua produk ni:

a) Kulit bertambah halus
b) Mengurangkan kedutan pada wajah dan menganjalkan wajah
c) Kulit semakin sihat dan ton yang sekata
d) Membentuk postur muka dengan lebih tegang
e) Rambut dan kuku kelihatan sihat

FYI, Collagen Shaklee ni satu produk halal dan ianya diekstrak dari sisik ikan merah tau. (kandungan utama kolagen ni mempunyai 4000mg Red Snapper Scales)

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

See? Semua sumber protein yang sangat baik untuk pertumbuhan kulit kita! Satu lagi. Kolagen ni mudah nak diambil. Campurkan saja dengan jus buah-buahan kegemaran korang. Sedap!

Malahan, ada pengguna yang dah guna 4 sachet Anti Aging Shaklee Collagen ni pun dah merasa perbezaannya. 

Jika minat nak beli kami ada tawarkan set TRIAL dan FULLSET kepada korang. Boleh pilih untuk beli cuba dulu atau terus beli dengan set penuh. 

 

Selain daripada Collagen Powder ni, kami juga ada menawarkan produk Anti Aging iaitu VIVIX yang sedia maklum  mengandungi  polifenol. Polifenol ni merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Bezanya VIVIX ni takde set trial dan ianya dalam bentuk minuman :) 

Hubungi saya di:
c) Email

Vitamin & Ibu Mengandung


~Vitamin & Ibu Mengandung~



Pentingkah?
           
      Vitamin sangat penting bagi badan untuk berfungsi pada tahap yang paling optimum. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit contohnya goiter, scurvy, tulang rapuh, masalah pada metabolisma sel, kanser-kanser tertentu, tua sebelum umur, dan banyak lagi. 

     Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang sangat penting terutamanya ketika hamil. Ini adalah kerana bayi dalam kandungan akan menyerap nutrisi daripada ibu untuk membesar. Bagi menjaga kesihatan dan mengalakkan perkembangan bayi, ibu-ibu mengandung sentiasa disarankan untuk mengambil vitamin tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam diet sehari-harian. Vitamin yang penting bagi ibu mengandung termasuklah Folic Acid, Iron dan Calcium. 


Folic Acid, Iron dan Calcium. 

          Folic acid boleh membantu untuk mengelakkan kecatatan pada tiub saraf (neural tube defects) pada bayi. Kecatatan ini akan memberi kesan terhadap otak dan saraf tunjang bayi. Antara makanan yang mengandungi folic acid termasuklah sayur-sayuran hijau, kekacang, buah-buahan citrus, dan makanan yang diperkaya dengan folic acid. Akan tetapi, pengambilan supplement untuk menampung keperluan folic acid sebagai 'backup' adalah satu tindakan yang bijak. 

       Iron pula penting bagi penghasilan hemoglobin (darah) bagi mengangkut oksigen keseluruh tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi iron termasuklah daging merah, kekacang, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun,, tauhu, kacang kuda, kacang hitam, roti diperkaya, dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan calcium. Kekurangan iron boleh menyebabkan ibu berasa letih lesu, tak bermaya dan mendapat anemia. 

          Kalsium sangat penting bagi ibu mengandung kerana ia dapat mengelakkan dari ibu kehilangan ketumpatan tulang yang berpunca dari bayi yang menyerap kalsium ibu untuk perkembangan tulangnya sendiri. Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuklah produk tenusu, seperti susu dan keju, rumpai laut, kacang seperti badam, hazelnuts, bijan, dan badan hijau, kacang (terutama kacang soya),bendi, dan brokoli. Pakar menyarankan agar supplement kalsium diambil selepas makan dan diambil bersama vitamin D dan ini akan membantu dalam penyerapan kalsium. 

 Supplement ibu mengandung sepatutnya mengandungi:
  • 400 micrograms (mcg) folic acid.
  • 400 IU vitamin D.
  • 200 to 300 milligrams (mg) kalsium.
  • 70 mg vitamin C.
  • 3 mg thiamine.
  • 2 mg riboflavin.
  • 20 mg niacin.
  • 6 mcg vitamin B12.
  • 10 mg vitamin E.
  • 15 mg zinc.
  • 17 mg iron. 
Jika vitamin atau supplement menyebabkan anda berasa loya, anda boleh mencuba supplement lain yang sesuai dengan diri anda. 

Reference:  
WebMD (2012). Pregnancy dan prenatal vitamins. Retrieved from http://www.webmd.com/baby/guide/prenatal-vitamins 

~Perkongsian ~
     Kawan saya mengandung dan paras hemoglobin (hb) dalam darah adalah 14.0 g/dL tetapi turun secara mendadak sehingga 10.0 g/dL. Bila saya tanya kenapa, katanya dia tak boleh nak telan pil-pil yang dibekalkan oleh klinik sebab bau pil-pil tu sangat kuat dan dia akan rasa loya. 
      Saya pun sarankan dia untuk mengambil 2 tablet Vita-Lea (multivitamin with iron) Shaklee dalam sehari dan alhamdullilah selepas beberapa hari, hb dia meningkat hingga 11.7 g/dL.

Vitamin untk Ibu mengandung dr SHAKLEE:
  • Trimester 1 (3bln): Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix 
  • Trimester 2&3 (4-9 bln): Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard

Jika berminat atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
~Air Mata~


Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Hambamu ini.....

Dikala hati ini dibebani dengan pelbagai dugaan, kepada-Mu lah jua tempat ku bersujud memohon Hidayah. Jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur diatas nikmatMu Ya Allah.

Berat mata ini menahan tapi akhirnya air mata tumpah jua ke bumi. Adakah diri ini sudah tidak kuat menghadapi liku-liku kehidupan?

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu Ya Allah.....

Sesungguhnya aku percaya pada janjiMu Ya Allah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan)..... yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah: 286)

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku hambaMu yang tak pernah mengenal erti putus asa dalam mencari keredhaanMu Ya Allah. 










Monday 24 June 2013

Multivitamin (Vita-Lea with Iron) SHAKLEE & Saya

~MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan produk SHAKLEE...

        Sebelum ni saya memang ambil supplement multivitamin untuk kesihatan badan memandangkan badan saya selalu tak bermaya dan paras hb (haemoglobin) saya pun rendah dalam 10-11 g/dL sahaja sedangkan paras normal sepatutnya 12.1-15.1 g/dL bagi wanita. Haemoglobin sangat penting untk mengangkut oksigen keseluruh badan. Kalau saya tak makan multivitamin, badan saya akan jadi letih lesu, tak bermaya, dan selalu mengantuk.
       Sebelum saya guna produk SHAKLEE, saya makan multivitamin yang saya beli kat kedai pharmacy, Guardian ataupun Watson. Tapi sejak dua menjak ni saya susah nak cari multivitamin yang halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk multivitamin memang banyak kat luar sana tapi saya memang cerewet kalau bab-bab memilih multivitamin ni.
        Bila kawan saya syorkan saya makan Vita-Lea multivitamin with iron, alhamdullilah, saya dah tak rasa letih lesu bila buat kerja, saya pun dah boleh tidur lena pada waktu malam dan muka saya pun dah tak pucat sangat terutama bila saya datang haid.
        Saya seronok berkongsi kebaikan multivitamin ni dengan sahabat-sahabat diluar sana terutamanya bila saya sendiri pun nampak kesan positifnya.
        Kita kena ingat Allah yang Maha Berkuasa lah yang menyembuhkan segala penyakit tetapi kita perlu berusaha untuk mencari penawarnya dan mencegah itu sememangnya lebih baik dari mengubati. Sama-samalah kita menjaga nikmat sihat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan dan kematian." (Riwayat Abu Sunnah)


   
 Jika berminat atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
  • E-mail: nurhidayah_naeilah@yahoo.com,  
  • fb: Nur Hidayah Shaklee M, 
  • Fon: 013-9871113.

NUR HIDAYAH MAZLAN
BANDAR PENAWAR,
KOTA TINGGI


       

Sunday 23 June 2013

BADGE BUTTON SHAKLEE

 ~BADGE BUTTON SHAKLEE~


Code A
Code B


Code C
Assalamualaikum w.b.t.,
Menerima tempahan & menjual BADGE BUTTON SHAKLEE,
Sesiapa yg ingin membeli batch button Shaklee yang cantik & murah, sila PM saya @ contact saya.  
Stock Limited - Siapa cepat dia dapat!!!

Promosi:
100 pieces = RM 2.10/piece (Free Postage)
300 pieces = RM 1.90/piece (Free Postage)
500 pieces = RM 1.70/piece (Free Postage)

Bagi <100 pieces (harga RM2.10 xtermasuk postage)

Design pertama code = A
Design kedua code = B
Design ketiga code = C
Diameter = 58mm
 Jika berminat atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di alamat e-mail: nurhidayah_naeilah@yahoo.com, fb: Nur Hidayah Shaklee M, atau sms saya: 013-9871113.

Thursday 20 June 2013

JEREBU & CARA MENANGANI


~JEREBU & KESIHATAN~




Kualiti udara boleh diukur menggunakan indeks pencemaran udara (API):
0-50: Good
51-100: Moderate
101-200: Unhealthy
201-300: Very unhealthy
>301: Dangerous

-Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan, semakin tinggi API maka semakin teruklah kesan Jerebu pada kesihatan.
- Jerebu boleh menyebabkan:
1) Kesukaran untuk bernafas
2) Serangan sakit jantung
3) Iritasi pada tekak
4) Iritasi/ ketidakselesaan pada mata
5) Jankitan pada saluran pernafasan atas
6) Iritasi pada kulit

-Siapa yang berisiko?
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan bronkitis
4) Pesakit yang mempunyai masalah jantung dan alergik
5) Perokok

- Tip-tip kesihatan ketika menghadapi jerebu:
1) Elakkan aktiviti diluar rumah
2) Elakkan merokok
3) Minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
4) Kerap membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti diluar rumah
5) Segera ke klinik / hospital jika anda menghadapi masalah pernafasan
6) Pastikan persekitaran dalam rumah bersih
7) Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan:
i) Anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi
ii) Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor
iii) Sila berjumpa dengan doktor jika keadaan anda semakin teruk

(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013)


Monday 17 June 2013

Kenali Kami

 

Salam perkenalan.

Kenali Shaklee:


Sebuah syarikat yang menawarkan produk kesihatan dan kecantikan serta produk mesra alam untuk kesihatan yang lebih baik. Produk Shaklee diasaskan oleh Dr Forrest C Shaklee sejak 1956.

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.
Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Siapa kami?
Kami (Faizal dan Hidayah) adalah independent distributor (ID: 965369) bagi produk-produk keluaran Shaklee. Kami merupakan graduan di bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan  dan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan.

Produk Shaklee merupakan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang merangkumi Vitamins, Minerals, Soy Protein Drinks, Kecantikan kulit dan produk-produk untuk kegunaan rumah yang mesra alam (biodegradable).

Berminat?
Boleh hubungi/Private Message di personal akaun Facebook atau like Official Fenpej kami di Facebook!

Sms: 013-9871113
e-mail: nurhidayah_naeilah@yahoo.com

Kami beroperasi di Bandar Penawar & Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.