Semasa datang haid @ period, wanita kebiasaanya
akan mengalami pendarahan yang banyak atau sederhana dan ini bergantung kepada
individu. Sesetengah wanita akan mengalami simptom PMS (Premenstrual Syndrome)
seperti keletihan, kembung, payudara
tender (mastalgia), jerawat, gangguan tidur dan perubahan
selera. Gejala-gejala yang melibatkan mood termasuklah cepat
marah, kemurungan, menangis,
terlalu sensitif, dan perubahan mood
bersilih ganti contohnya kesedihan dan
kemarahan.
Selain itu, diaggarkan 50% wanita mengalami
Mentrual cramps (dysmenorrheal) ataupun senggugut. Sesetengah wanita mengalami
senggugut ringan manakala 15% wanita mengalami senggut yang agak teruk. Senggugut ringan
mungkin hampir tidak ketara dan dalam jangka masa pendek manakala senggugut yang teruk boleh menjadi begitu pedih sehingga mengganggu
aktiviti-aktiviti biasa wanita untuk
beberapa hari.
Pengambilan ubat tahan sakit tidak digalakkan buat jangka masa yang lama bagi mengurangkan sengugut (mentrual cramps) kerana ia menganggu organ seperti buah pinggang & hati. Oleh
itu, pemakanan memainkan peranan penting untuk mengawal simptom-simptom PMS
& menstrual cramps. Pengambilan Multivitamin boleh membantu dan terdapat 5
vitamin dan mineral penting yang perlu diambil oleh wanita semasa datang haid.
Pertama: Vitamin A. Wanita yang
mengalami pendarahan haid yang banyak (menorrhagia) berkemungkinan mengalami
kekurangan Vitamin A dan menambah Vitamin A kedalam diet(pemakanan) boleh
membantu mengurangkan pendarahan.
Sumber
makanan yang tinggi Vitamin A termasuklah minyak ikan kod, keledek, lobak &
apricot kering.
Kedua: Vitamin E. Sangat bagus untuk mengurangkan pelbagai gejala PMS dan
membantu mengurangkan senggugut.
Sumber-sumber
makanan yang mengandungi vitamin E termasuklah biji bunga matahari, badam, aprikot
kering dan bayam.
Ketiga: Magnesium.
Magnesium membantu untuk mengurangkan senggugut kerana magnesium boleh
mengurangkan tahap kekejangan.
Sumber-sumber makanan yang mengandungi magnesium
adalah kacang kuda, kacang dal, beras perang, avocado, ikan kembung, aprikot
kering dan pisang.
Keempat: Iron. Semasa
haid wanita kehilangan banyak darah dan ini menyebabkan badan kekurangan zat
besi ataupun dipanggil anemia. Anemia menyebabkan badan letih lesu dan mengantuk
kerana badan kekurangan oksigen. Disamping itu juga, kekurangan zat besi itu
sendiri boleh menyebabkan pendarahan yang banyak (heavy bleeding).
Sumber zat besi boleh diperolehi dari tomato, kacang
almond, gajus, biji bunga matahari, biji labu, kacang dal, kacang merah,
aprikot kering & makanan laut seperti kerang & tiram.
Kelima: Kalsium. Senggut boleh disebabkan oleh tahap kalsium rendah dalam badan. Akan tetapi susu tidak digalakkan diambil semasa haid. Ini kerana susu dan produk tenusu biasanya dikaitkan dengan gejala PMS.
Oleh itu sumber kalsium lain yang boleh diperolehi
termasuklah herba-herba kering seperti thyme, dill dan rosemary, biji bijan
yang dibakar, kacang almond, dan kacang brazil.
Seeloknya sumber-sumber ini diambil sebelum dan
semasa haid. Jika sumber-sumber makanan yang disebut sukar diperolehi, makanan
tambahan seperti supplement juga boleh diambil. Akan tetapi pilihlah supplement
yg halal dan diluluskan oleh KKM.
Saya sendiri
mengesyorkan anda mengambil supplement dari SHAKLEE. Contoh-contoh supplement dari SHAKLEE, Multivitamin & iron: Vita-Lea with iron, Vitamin A: Carotomax, Vitamin
E: Vita-E, Magnesium & Kalsium:
Ostematrix. Jika haid anda tidak teratur, GLA
complex boleh membantu mengatur kembali hormon anda dan boleh mengurangkan
gejala PMS.
FB: Nur
Hidayah Mazlan
SID:
965369
6013-9871113
No comments:
Post a Comment