Tuesday 3 December 2013

ALFALFA & KELEBIHANNYA



Assalamualaikumum w.b.t,

          Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang herba ALFALFA. Apakah itu ALFALFA?

         Alfalfa berasal dari bahasa arab yang bermaksud bapa segala makanan. Nama saintifiknya adalah Medicago sativa atau dikenali sebagai lucerne. Alfalfa telah digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk mengubati pelbagai penyakit sejak dari tahun 1500 lagi.

        Alfalfa berasal dari selatan-tengah Asia, dan pertama kali telah ditanam di Parsi. Ia telah diperkenalkan kepada Greece kira-kira 490 SM yang lalu apabila orang Parsi menawan Kota Greece, dan telah diperkenalkan ke Itali pada abad pertama.


Terdapat 8 ENZIM PENTING yang dijumpai dalam Alfalfa iaitu:
 
1) Lipase - memecahkan lemak
2) Amilase - bertindak ke atas kanji
3) Coagulase - membantu dalam pembekuan darah
4) Emulsin - bertindak keatas gula
5) Invertase - menukarkan gula tebu kepada dekstrosa              
6) Peroxidate - memberi pengoksidaan darah
7) Pectinase - membentuk jeli sayur-sayuran
8) Protase - mencerna protein


Antara Vitamins & Minerals penting yang terdapat dalam Alfalfa termasuklah:

1) Vitamin A - penting untuk penglihatan dan kesihatan mata serta kulit.
 

2) Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran  udara serta penting untuk kesihatan jantung dan otot. 
 

3) Vitamin U - membantu mengatasi ulser peptik. 
4) Vitamin B6 - membantu penghadaman makanan dan protein serta metabolisme lemak 

5) Vitamin K - penting untuk pembekuan darah dan fungsi hati

6) Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus pembentukan bagi membentuk gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
7) Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi dan mengawal ritma jantung


8) Zat Besi - diperlukan dalam pembentukan hemoglobin (membawa oksigen dalam darah).

9) Magnesium- unsur surih yang terlibat dengan pengambilan karbohidrat oleh badan. Ini membantu mengawal tahap gula dalam darah. 


10) Kalium - perlu bagi tona normal otot , saraf,
tindakan jantung dan reaksi enzim serta membantu memecahkan lemak.

11) Fosforus - diperlukan untuk struktur normal tulang dan gigi. Berkaitan dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. 

12) Klorin ( klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal lemak , gula dan metabolisme karbohidrat. 

13) Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan; meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah ; mengaktifkan limpa , usus dan fungsi perut.

14) Silikon Magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; mempunyai kesan perlindungan pada kulit dan badan; merangsang fungsi otak.

 FUN FACT: Alfalfa mempunyai akar sehingga 10-20 kaki panjang kerana ia mencari minerals jauh kebawah bumi.

PERINGATAN: 
1) Alfalfa tidak sesuai diambil bersama Vitamin E kerana Alfalfa mungkin mengganggu cara badan untuk mengambil dan menggunakan vitamin E.
2) Sesiapa yang mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti Heparin perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplement tambahan Alfalfa. 

         


Pakar Kesihatan Shaklee & Jururawat Peribadi Anda =)
SID: 965369
+6013-9871113

No comments: