Saturday 27 July 2013

PERGI MENINGGALKAN AKU =(

~ Luahan Qalbu ~


Kenapa terasa cepat masa berlalu,
Rindunya aku pada kamu,
Saat kita bertemu terasa sesaat saja,
Kenapa tak sentiasa berasa disisiku,
Kenapa kau meninggalkan aku?
Mampukah aku merelakan pemergianmu.

Terasa sesak dada menahan rindu,
Bila bertemu terkedu termangu,
Bila nak berpisah baru nak mengejar,
Tapi maafkan aku,
Aku hanya insan biasa,
Hatiku rapuh.

Adakah kita bertemu lagi?
Ya Allah kuatkan hatiku ini,
Kata orang, ada jodoh boleh jumpa lagi,
Tapi ajal maut semua ditangan Tuhan,
Aku hanya mampu berdoa kehadrat Illahi,
Temukanlah lagi kami Ya Allah.

~Wahai Ramadhan aku akan sentiasa merinduimu~

 

Ya Allah,
Temukanlah aku dengan malam Lailatul QadarMu,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan, 
Aku adalah hambaMu yang sentiasa mendampakan kasih sayangMu. 


Firman Allah S.W.T:  

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan."  Surah al-Qadr: 1-3


Nur Hidayah Mazlan
28 Julai 2013
19 Ramadhan 1434 Hijrah
2.32 p.m.



No comments: