Sunday 14 July 2013

SANTAPAN ROHANI

WASIAT SEPULUH IMAM HASSAN AL-BANNA


1. Tunaikan segera sembahyang sebaik sahaja kamu mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, mendengarnya atau berzikir mengingati Allah dan jangan sekali-kali membuang masa anda pada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab Fusha kerana ia merupakan antara syi'ar Islam.

4. Jangan berbantah-bantah dalam apa sahaja urusan, kerana berbantah-bantahan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubungan dengan Allah sentiasa berkeadaan tenang.

6. Jangan terlalu bergurau kerana umat yang berjihad itu tidak tahu melainkan kesungguhan.

7. Jangan meninggikan suara anda lebih dari kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ia menyakitkan.

8. Jauhi dari mengumpat seseorang, memburuk mana-mana pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan pada perkara kebaikan.

9. Berkenalan dengan sesiapa sahaja yang kamu temui dari kalangan saudara kamu meskipun dia tidak meminta kita berbuat demikian kerana sesungguhnya asas dakwah kita adalah kasih sayang dan berkenalan. 

10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada. Bantulah rakan anda yang lain untuk memanfaatkan masanya. Kalaulah anda sendiri mempunyai tugasan, maka ringkaskanlah dalam melaksanakannya. 


~Semoga wasiat ini menjadi panduan kita bersama dalam menjalani kehidupan sehari-harian terutama pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Selamat Berpuasa~ =) 

Reference:
Ridwan Muhammad Ridwan (2008). Al-Mathurat & Kelebihannya. Klang, Selangor: Bahtera 

No comments: