Thursday 20 June 2013

JEREBU & CARA MENANGANI


~JEREBU & KESIHATAN~




Kualiti udara boleh diukur menggunakan indeks pencemaran udara (API):
0-50: Good
51-100: Moderate
101-200: Unhealthy
201-300: Very unhealthy
>301: Dangerous

-Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan, semakin tinggi API maka semakin teruklah kesan Jerebu pada kesihatan.
- Jerebu boleh menyebabkan:
1) Kesukaran untuk bernafas
2) Serangan sakit jantung
3) Iritasi pada tekak
4) Iritasi/ ketidakselesaan pada mata
5) Jankitan pada saluran pernafasan atas
6) Iritasi pada kulit

-Siapa yang berisiko?
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan bronkitis
4) Pesakit yang mempunyai masalah jantung dan alergik
5) Perokok

- Tip-tip kesihatan ketika menghadapi jerebu:
1) Elakkan aktiviti diluar rumah
2) Elakkan merokok
3) Minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
4) Kerap membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti diluar rumah
5) Segera ke klinik / hospital jika anda menghadapi masalah pernafasan
6) Pastikan persekitaran dalam rumah bersih
7) Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan:
i) Anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi
ii) Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor
iii) Sila berjumpa dengan doktor jika keadaan anda semakin teruk

(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013)


No comments: