Friday 28 June 2013

Vitamin & Ibu Mengandung


~Vitamin & Ibu Mengandung~



Pentingkah?
           
      Vitamin sangat penting bagi badan untuk berfungsi pada tahap yang paling optimum. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit contohnya goiter, scurvy, tulang rapuh, masalah pada metabolisma sel, kanser-kanser tertentu, tua sebelum umur, dan banyak lagi. 

     Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang sangat penting terutamanya ketika hamil. Ini adalah kerana bayi dalam kandungan akan menyerap nutrisi daripada ibu untuk membesar. Bagi menjaga kesihatan dan mengalakkan perkembangan bayi, ibu-ibu mengandung sentiasa disarankan untuk mengambil vitamin tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam diet sehari-harian. Vitamin yang penting bagi ibu mengandung termasuklah Folic Acid, Iron dan Calcium. 


Folic Acid, Iron dan Calcium. 

          Folic acid boleh membantu untuk mengelakkan kecatatan pada tiub saraf (neural tube defects) pada bayi. Kecatatan ini akan memberi kesan terhadap otak dan saraf tunjang bayi. Antara makanan yang mengandungi folic acid termasuklah sayur-sayuran hijau, kekacang, buah-buahan citrus, dan makanan yang diperkaya dengan folic acid. Akan tetapi, pengambilan supplement untuk menampung keperluan folic acid sebagai 'backup' adalah satu tindakan yang bijak. 

       Iron pula penting bagi penghasilan hemoglobin (darah) bagi mengangkut oksigen keseluruh tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi iron termasuklah daging merah, kekacang, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun,, tauhu, kacang kuda, kacang hitam, roti diperkaya, dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan calcium. Kekurangan iron boleh menyebabkan ibu berasa letih lesu, tak bermaya dan mendapat anemia. 

          Kalsium sangat penting bagi ibu mengandung kerana ia dapat mengelakkan dari ibu kehilangan ketumpatan tulang yang berpunca dari bayi yang menyerap kalsium ibu untuk perkembangan tulangnya sendiri. Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuklah produk tenusu, seperti susu dan keju, rumpai laut, kacang seperti badam, hazelnuts, bijan, dan badan hijau, kacang (terutama kacang soya),bendi, dan brokoli. Pakar menyarankan agar supplement kalsium diambil selepas makan dan diambil bersama vitamin D dan ini akan membantu dalam penyerapan kalsium. 

 Supplement ibu mengandung sepatutnya mengandungi:
  • 400 micrograms (mcg) folic acid.
  • 400 IU vitamin D.
  • 200 to 300 milligrams (mg) kalsium.
  • 70 mg vitamin C.
  • 3 mg thiamine.
  • 2 mg riboflavin.
  • 20 mg niacin.
  • 6 mcg vitamin B12.
  • 10 mg vitamin E.
  • 15 mg zinc.
  • 17 mg iron. 
Jika vitamin atau supplement menyebabkan anda berasa loya, anda boleh mencuba supplement lain yang sesuai dengan diri anda. 

Reference:  
WebMD (2012). Pregnancy dan prenatal vitamins. Retrieved from http://www.webmd.com/baby/guide/prenatal-vitamins 

~Perkongsian ~
     Kawan saya mengandung dan paras hemoglobin (hb) dalam darah adalah 14.0 g/dL tetapi turun secara mendadak sehingga 10.0 g/dL. Bila saya tanya kenapa, katanya dia tak boleh nak telan pil-pil yang dibekalkan oleh klinik sebab bau pil-pil tu sangat kuat dan dia akan rasa loya. 
      Saya pun sarankan dia untuk mengambil 2 tablet Vita-Lea (multivitamin with iron) Shaklee dalam sehari dan alhamdullilah selepas beberapa hari, hb dia meningkat hingga 11.7 g/dL.

Vitamin untk Ibu mengandung dr SHAKLEE:
  • Trimester 1 (3bln): Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix 
  • Trimester 2&3 (4-9 bln): Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard

Jika berminat atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

No comments: